Categories
SELANGOR

Pemotongan gaji MB, Exco, Speaker kepada MES formula terbaik

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 14 APRIL : Pemotongan gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker untuk disumbangkan kepada Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dianggap satu formula terbaik menangani masalah berbangkit berhubung kenaikan gaji itu sebelum ini.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata pendekatan diambil oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu menunjukkan kebijaksanaannya walaupun gaji Adun tidak dipotong.

dnsKatanya, selepas mendengar pendangan pelbagai pihak, ia merupakan satu formula baru supaya sebahagiannya dapat disumbangkan kepada tabung akaun agenda MES.

“Sebelum ini, dewan meluluskan berhubung kenaikan gaji itu dan kita mahu Kerajaan Negeri meneliti supaya menyemak semula sementara kenaikan diperlukan bagi tujuan meningkatkan prestasi Adun.

“Nampaknya gaji Adun tidak dipotong. Itu kebijaksanaan Menteri Besar. Saya percaya Menteri Besar dapat menjelaskan ini merupakan formula terbaik bagi menangani masalah berbangkit dan kita juga mahu bebanan rakyat dikongsi bersama,” katanya.

Azmin berharap dengan pemotongan untuk tabung MES itu, ia dapat disumbangkan kepada program yang sedang dan akan dijalankan akan datang dengan sebaiknya.

Sebahagian besar gaji dan elaun Menteri Besar, anggota Exco, Speaker dan Timbalan Speaker akan disalurkan kepada Tabung Agenda MES.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.