Categories
NASIONAL

Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Kreadibiliti operasi Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) dipertikaikan keberkesanannya dalam mengangani isu keselamatan sehingga mengakibatkan berlakunya kejadian penculikan dua individu di Singamata Reef Resort, Sabah semalam.

Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt dalam sidang satu sidang media berkata kejadian mengejutkan ini menunjukkan kegagalan fungsi Esscom yang sepatutnya menjamin keselamatan Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

culik“Kami terkejut dengan penubuhan Esscom yang menelan belanja jutaan ringgit namun masih gagal mempertahankan keselamatan Sabah khususnya Pantai Timur Sabah.

“Adalah satu perkara yang memalukan buat negara dan rakyat Sabah bila keselamatan pertahanan kita disifatkan rapuh.

“Kami percaya insiden ini memberikan implikasi besar kepada negara dan pelancongan Sabah,” katanya di Lobi Parlimen.

Dalam kejadian semalam seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

penculikAkhbar West China Metropolis Daily, memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Katanya, ini merupakan persoalan penting yang perlu dijawab kerana jika pertahanan Sabah mudah ditembusi ia merupakan satu kegagalan kepada Esscom.

“Kami percaya penjenayah itu merupakan pendatang haram yang lama menetap di Sabah dan kehadiran mereka tidak dapat dikesan.

“Kami mendesak laporan Suruhajaya Siasatan Diraja pendatang tanpa izin di Sabah dikemukakan segera dan mengambil tindakan segera untuk diselesaikan,” kata beliau lagi.

Penubuhan Esscom diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan peruntukan awal berjumlah RM200 juta selepas kejadian pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu.

Dalam pembentangan Bajet 2014, kerajaan memberikan peruntukan tambahan berjumlah RM75 juta dan RM11 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf infrastruktur di 62 checkpoint.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.