Categories
SELANGOR

Penyiaran artikel keputusan bebas sidang editorial

SHAH ALAM 15 APRIL: Penyiaran rencana berjudul ‘Kenapa Tan Sri Khalid wajar diangkat sebagai Timbalan Presiden’ yang disiar portal Selangor Kini, baru-baru ini dibuat atas keputusan editorial sepenuhnya.

Ketua Pengarang Selangor Kini/ TVSelangorku, Fazallah Pit berkata, penyiaran artikel itu tidak menerima arahan dari mana-mana pihak termasuk pendukungnya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

logo_skini-263x203“Portal Selangor Kini/ TVSelangorku adalah sebuah laman yang melaporkan berita kerajaan negeri tetapi ia tidak bermakna isu politik semasa diketepikan begitu sahaja.

“Penyiaran itu dibuat bagi memastikan Selangor Kini tidak ketinggalan isu semasa,” kata Fazallah dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, rencana itu yang dipetik dari blog Omak Kau hanya memperkatakan kejayaan calon dan tidak menyinggung pihak lain.

“Bagaimanapun, kebanyakan rencana yang menyentuh isu sama, memuatkan tulisan mengutuk pihak lawan,” kata beliau.

Fazallah berkata, pihak Editorial sedia mempertimbangkan penyiaran rencana calon lain, jika ada dan keputusan itu sepenuhnya bergantung kepada budi bicara Ketua Pengarang.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.