Categories
NASIONAL

PKR tubuh Panel Rayuan Pengajian Tinggi bantu pendidikan keluarga miskin

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 24 APRIL: Pimpinan muda PKR mengambil inisiatif menubuhkan Panel Rayuan Pengajian Tinggi (PRPT) untuk meneliti sistem pemberian biasiswa dan reformasi kemasukan ke insitut pengajian tinggi.

Panel khas ini akan berusaha untuk membela kes yang dibawa terutamanya yang melibatkan keluarga miskin untuk mendapatkan peluang pendidikan tinggi yang sewajarnya.

PKR1Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, PRPT akan dianggotai oleh pimpinan muda dan sukarelawan dari seluruh negara dengan memberi fokus kepada beberapa perkara utama.

“PRPT berhasrat mengemukakan cadangan alternatif mengenai reformasi yang diperlukan kepada sistem pemberian biasiswa dan pengambilan ke IPT.

“Selain itu, PRPT akan mengadakan latihan kerjaya selepas alam persekolahan kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah untuk mendidik mereka mengenai peluang pendidikan tinggi selepas persekolahan,” katanya dalam satu sidang media.

PRPT dianggotai seramai sembilan orang pemimpin antaranya Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Adun Teja, Chang Li Kang, Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan Sim Tze Tzin sendiri.

Kata beliau lagi, PRPT akan mengumumkan dari semasa ke semasa kaedah untuk orang ramai membuat aduan kepada mereka untuk dibawa ke pihak sewajarnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.