Categories
NASIONAL

Presiden PKR: Anwar kekal lawan Azizah

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 12 APRIL: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini masih kekal dan sah akan bertanding jawatan Presiden parti itu menjelang pemilihan hujung bulan ini.

Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata tidak ada permohonan tarik diri daripada Anwar sehingga tarikh akhir berbuat demikian, pada 10 April lalu.

“Hanya satu kerusi sahaja yang diperuntukkan bagi jawatan Presiden dan setakat ini calon yang bertanding masih dua orang.

johari-abdul“Mereka adalah calon nombor satu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan calon nombor dua, Anwar Ibrahim,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Pada pencalonan awal pemilihan PKR yang diadakan pada 29 Mac lalu, Anwar mencalonkan dirinya bertanding jawatan Presiden dan bakal menentang penyandang, Wan Azizah.

Bagaimanapun, Johari berkata, setiap calon yang bertanding masih berpeluang menarik diri walaupun tempoh berbuat demikian sudah tamat.

“Tetapi calon yang tarik diri selepas 10 April tidak layak mendapat kembali wang deposit. Kelewatan menarik diri akan menyebabkan nama dan gambar mereka tetap muncul dalam kertas maklumat calon.

anwar n azizah mumbai pic“Namun, jika ada ahli memilih calon yang tarik diri, undi terbabit dikira sebagai rosak,” katanya.

Pencalonan Anwar bagi merebut jawatan nombor satu itu dilihat bakal berdepan laluan sukar berikutan sabitan kes fitnah yang dihadapinya.

Mengikut Seksyen 9A (1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan dengan sebarang kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau hukuman penjara minimum setahun.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.