Categories
SELANGOR

MB bentang Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan hampir RM495 juta

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membentangkan rang undang-undang pembekalan tambahan 2014 berjumlah RM494,190,947 bagi menampung perbelanjaan negeri tahun ini.

Beliau berkata, peruntukan tambahan itu diperlukan bagi Pejabat Dewan Negeri adalah RM5.9 juta, manakala RM251.2 juta bagi Perbendaharaan Negeri dan lebih RM237 juta bagi caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.

Abdul Khalid berkata, peruntukan tambahan bagi Pejabat Dewan Negeri diperlukan bagi menampung kenaikan gaji, elaun dan bonus Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipersetujui pada Sidang Dewan Negeri ke-13.

04Katanya, RM82.5 juta diperlukan untuk menampung bayaran program Air Percuma 20 meter padu pertama bagi peruntukan Perbendaharaan Negeri, bagi Julai hingga Disember ini.

Selain itu, RM60 juta diberikan kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi membaik pulih asrama dan sistem pembentungan Universiti Selangor (UNISEL), manakala RM8.7 juta sebagai dana pusingan untuk pembayaran emolumen dan utiliti Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Manakala, RM100 juta diperlukan bagi modal pusingan Projek Rumah Mampu Milik yang dilaksanakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS).

Sementara itu, peruntukan caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri diperlukan untuk menampung kekurangan bagi projek di bawah MBI dan Setiusaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

“Di bawah projek MBI, RM30 juta diperlukan untuk tujuan pengambilan balik tanah bagi projek Tebatan Banjir Sungai Rasa, Shah Alam dan RM149 juta untuk projek mitigasi dua melalui pinjaman Kerajaan pusat.

“Manakala, bagi JKR pula RM48 juta membabitkab pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan RM10 juta bagi kerja naik taraf jalan di sepanjang projek Tebatan Sungai Rasa, Shah Alam,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang pembekalan tambahan 2014, di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

IMG_5955 copyAbdul Khalid ketika ditemui menganggap peruntukan tambahan terbabit adalah perkara biasa dan mencukupi bagi rizab Kerajaan Negeri.

“Tak apa, kita setuju untuk bentang dalam dewan kerana sebarang belanjawan yang berkait dengan rizab akan dibentangkan, apatah lagi belanjawan tambahan ini melebihi RM100 juta dan diperuntukkan bagi pelbagai tujuan,” katanya.

Sebelum ini, melalui Enakmen Perbekalan (2014) pada 29 November lalu, dewan meluluskan lebih RM1,731.9 bilion bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.