Categories
SELANGOR

Selangor henti projek pembangunan usahasama, tekan prinsip ‘active partnership’

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 APRIL: Kerajaan Negeri mengakui banyak memberhentikan projek pembangunan usahasama dengan beberapa syarikat berasaskan prinsip ‘active partnership’.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hal itu dilakukan ekoran pandangan Kerajaan Negeri yang mahu ia dilakukan secara bersama bukan membabitkan satu pihak sahaja.

“Kerajaan Negeri mempunyai pandangan jika projek usahasama ia mesti dilakukan secara bersama bukan hanya mengharapkan satu pihak sahaja.

04“Itu sebab kita menghentikan pembabitan kerana jika sebagai Ahli Lembaga Pengarah bukan hanya menunggu untung hujung tahun sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mahu penjelasan Kerajaan Negeri berhubung dasar tidak mengizinkan sebarang projek pembangunan usahasama di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, tindakan itu juga kerana Kerajaan Negeri mahu kakitangan kerajaan terbabit secara langsung selain dapat mempertingkatkan kemahiran warga kerja.

“Projek usahasama mesti berasaskan usaha secara bekerjasama kerana dengan cara itu ia dapat mempertingkat pengalaman dan kemahiran bagi melaksanakan projek akan datang,” katanya.

sita rangka bangunan majlis perbandaran selayang 04Sehingga kini, terdapat lima projek usahasama yang dijalankan oleh Worldwide Holdings antaranya pelupusan sisa pepejal yang mendapat keuntungan sebelum cukai RM90.6 juta, pada 2013.

Bagi loji tenaga elektrik mendapat perolehan RM2.6 juta, manakala projek hartanah industri masih dalam penjualan dan kini 50 peratus berjaya dijual.

Selain itu, projek yang dilakukan sejak 1998 membabitkan pembangunan hartanah industri di Sydney oleh Sunway Lagoon Sdn Bhdsudah 90 peratus dibangunkan dan dijual.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.