Categories
SELANGOR

Selangor lulus 4,425 permohonan Insentif Belia Perkahwinan

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 15 APRIL : Sebanyak 850 permohonan Fasa 1 hingga Fasa 10 yang memohon untuk mendapatkan insentif perkahwinan belia yang dinaikkan kepada RM500 seorang pada tahun ini.

Bagi Fasa 1, sebanyak 100 permohonan yang diluluskan membabitkan peruntukkan berjumlah RM50,000 dalam proses pembayaran.

perkahwinan belia1Manakala bagi Fasa 2 hingga Fasa 10, sebanyak 700 permohonan berjumlah RM350,000 sedang dalam proses kelulusan.

Exco Sukan, belia dan kemudahan insfrastuktur awam, Dr Yunus Hairi berkata pada tahun 2013, jawatankuasa menerima sebanyak 5,777 permohonan bagi Fasa 1 hingga Fasa 19.

Katanya, sebanyak 4,425 permohonan diluluskan daripada jumlah itu.

“Manakala sebanyak 644 permohonan yang ditolak atau tidak berjaya berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

“Seterusnya, permohonan bagai Fasa 14 hingga 19 yang berjumlah keseluruhan sebanyak 708 permohonan adalah dalam proses kelulusan.

Perkahwinan Belia“Secara keseluruhannya, jumlah permohonan yang berjaya adalah sebanyak 4,425 permohonan yang membabitkan peruntukkan sebanyak RM885,000,” katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Annexe selepas sesi penyerahan insentif kepada 30 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam sesi penyerahan itu, seramai 261 pemohon yang membabitkan 30 DUN layak menerima insentif itu membabitkan peruntukkan sebanyak RM52,000.

“Manakala bagi pemohon yang berjaya selebihnya perlu datang sendiri dan menuntut insentif itu.

“Sesi penyerahan hari ini diadakan bertujuan untuk menbantu pihak DUN dan Pusat Khidmat Dun melaksanakan penyerahan insentif ini di tempat masing-masing,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.