Categories
SELANGOR

Selangor tambah alat kesan kualiti udara automatik

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 APRIL : Kerajaan Negeri dalam usaha menambah bilangan alat pengesan kualiti udara automatik bagi mengesan kualiti udara di negeri ini terutamanya masalah jerebu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata alat pengesan itu akan dipasang di lokasi strategik antaranya di kawasan industri, komersial dan perumahan.

dnsKatanya, setakat ini, Selangor hanya mempunyai lima alat pengesan di Banting, Shah Alam, Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang.

“Kerajaan Negeri dalam perbincangan dengan Kerajaan Pusat untuk menambah bilangan alat ini yang akan diselia di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

“JAS juga akan memantau sebarang status kualiti udara kepada awam melalui laman web mereka,” katanya menjawab soalan dari Gan Pei Nei (PKR-Rawang).

Bagaimanapun, Elizabeth berkata jumlah bilangan alat dan bila ia akan dipasang masih dalam perbincangan.

Elizabeth berkata masalah jerebu yang sering melanda baru-baru ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor selain pembakaran terbuka diluar kawalan terutamanya di Riau dan di seluruh Asia Tenggara.

Untuk rekod, setakat ini, JAS sudah menerima aduan mengenai pembakaran terbuka.

Selain itu, Kerajaan Negeri ketika ini sedang membuat beberapa rancangan sebagai persediaan dalam menghadapi fenomena El Nino yang dijangka berlaku April atau Mei depan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.