Categories
SELANGOR

Syabas serbu kegiatan curi air dianggarkan RM80,000

Oleh: Remy Arifin

PETALING JAYA 25 APRIL: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengadakan serbuan mengejut kegiatan mencuri air di sebuah kawasan landskap dan nursery, di Tropicana Selatan, di sini.

Pemeriksaan dilakukan menunjukkan terdapat tetiang meter berada di hadapan premis jualan ikan koi apabila ada meter palsu tidak berdaftar dengan SYABAS digunakan sebagai asas kepada penyambungan bekalan air secara tidak sah.

SyabasPengarah Eksekutif Projek dan Air Bukan Hasil (NRW) Syabas, Yusuf Badawi ketika ditemui media berkata, kegiatan mencuri air dikesan berdasarkan risikan dan pemeriksaan pihaknya sejak dua minggu lalu.

“Jika sabit kesalahan dibawah Undang-Undang Seksyen 123(1) dan Seksyen 123(3) Akta Industri Air 2006 denda tidak melebihi RM100,000,00 atau dipenjara selama kurang dari setahun atau kedua-duanya.

“Berikutan daripada serbuan ini, Syabas menggangarkan kerugian air terawat yang digunakan secara tidak sah berjumlah lebih kurang 16,800 meter padu (m³) dengan nilai anggaran kurang RM80,000.00,” kata beliau.

5aBeliau berkata sejak Januari hingga 22 April 2014, Syabas merekodkan sebanyak 1,056 aduan kes curi air atau penyambungan bekalan air secara tidak sah diterima.

“Diharap tindakan ini memberi pengajaran berguna kepada semua pihak supaya tidak melakukan kesalahan seperti ini.

“Dialu-alukan kerjasama daripada orang awam memberi laporan membanteras kegiatan seumpama ini dengan melaporkan kepada Syabas,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.