Categories
KENYATAAN MEDIA

Tangguh GST atau hadapi Gergasi 1 Mei

SAMM telah membuat ketetapan menubuhkan Sekretariat GST dengan objetif menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksanaan GST tapi agensi-agensi kerajaan gagal untuk menjawab surat permohonan kami. Namun dengan inisiatif sendiri SAMM mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk melihat sejauh mana keperluan perlaksanaan GST.

Setelah beberapa siri bengkel kajian mengenai GST dijalankan dan di atas perbincangan panjang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tanpa berselindung tidak menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara.

Namun SAMM juga sebulat suara bersetuju bahawa ketika ini Malaysia belum bersedia di atas banyak faktor, antaranya;

· Ketirisan melampau dalam pentadbiran Negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu. Laporan audit setiap tahun menjadi rujukan pelbagai kepincangan yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah yang berakhir tanpa tindakan tegas.

· Perlaksanaan GST yang tergesa-gesa tanpa menyediakan asas yang kukuh terhadap aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat atau berpendapatan tinggi hanya akan menambahkan bebanan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dikala ketidaktentuan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat tahun demi tahun.

Lebih dikhuatiri, jika cukai barangan dan perkhidmatan GST ini dimulakan dengan 6% pada tahun 2015, SAMM menjangkakan pada tahun 2016 kadar GST akan melonjak pada kadar 8%. Justeru, SAMM percaya dengan kos sara hidup yang melonjak selepas PRU13 lalu

Perkembangan terkini juga menunjukkan dewan rakyat telah melulus perlaksanaan GST dengan sokongan semua ahli parlimen Barisan Nasional, ternyata wakil rakyat yang menyokong GST ini adalah di atas kepentingan tertentu, bukan atas kepentingan rakyat. Ini sekaligus tidak memberikan rakyat pilihan lain, selain memilih jalanraya untuk meluahkan protes bantahan setelah dewan rakyat tidak membantu.

Maka sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua kepada kerajaan Malaysia supaya segera umum penangguhan perlaksanaan GST, atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei 2014.

Sesungguhnya kesabaran rakyat kini amat nipis sekali, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa. Kali ini, wang poket pula ingin dicuri sehabisnya, pasti perlawanan akan berbeza.

Sekian.

Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Sekretariat GST SAMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.