SHAH ALAM 20 APRIL: Prihatin dengan nasib masyarakat Islam di Kemboja yang dihimpit kemiskinan, pelajar Ijazah Jurusan Komunikasi Media Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan jualan amal bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada masyarakat Islam di sana.
Menurut salah seorang penganjur jualan amal ini, Mohd Nor Farhan Othman berkata, melalui program jualan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Islam di Kemboja.
“Sambutan diberikan pengunjung program ini menggalakkan dan sebahagian daripada hasil jualan di bazaar jualan ini bakal disalurkan kepada mereka di Kemboja.
“Kami akan teruskan lagi aktiviti ini di masa akan datang memandangkan sambutan yang diberikan amat menggalakkan,” kata beliau.
The Rise Of Youth 2014 (TROY) yang diadakan di Extreme Park Seksyen 13 Shah Alam berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung termasuk para pelajar UNISEL sendiri.
Para pengunjung turut berkesempatan mencuba pelbagai aktiviti seperti futsal, papan luncur dan beberapa acara sukan yang lain serta membeli-belah sambil beramal di sini.
Antara barangan yang dijual di sini fesyen baju terkini, barangan sukan dan sebagainya.
Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung oleh anak muda tempatan dan juga pameran Autoshow kereta dengan acara senaman pagi dilakukan sebagai pembukaan kepada program ini.
EZY