Categories
SELANGOR

ADUN teruja MPSJ terbaik seluruh negara, beberapa aspek akan ditambah baik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 9 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh yakin masih terdapat aspek yang perlu ditambahbaik oleh Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) walaupun diumumkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik seluruh negara.

Beliau yang gembira dengan pencapian PBT itu berkata, antara aspek yang harus diberikan perhatian termasuk isu yang membabitkan kerja memangkas pokok di kawasan pentadbiran MPSJ.

“Saya terkejut MPSJ bukan sahaja terbaik di Selangor tetapi seluruh negara. Memang mereka layak kerana sangat responsif tetapi mungkin ada jabatan yang walaupun perkhidmatan meningkat, masih perlu diperbaiki.

IMG_0773a“Seperti isu memangkas pokok, saya kira perlu dipendekkan lagi masa menunggu mungkin dengan menambah peruntukan,” katanya selepas sidang media penyerahan enam buah tong sampah di Pangsapuri PJS 7, di sini, hari ini.

Hannah berkata, beliau juga kerap mendapat maklum balas positif daripada penduduk Subang Jaya yang pernah membuat aduan kepada MPSJ sepanjang berkhidmat sebagai ADUN di kawasan berkenaan.

Katanya, beliau bersama Ahli Majlis dan MPSJ juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung bagi mempercepatkan segala aduan masalah penduduk Subang Jaya.

Sebelum ini, MPSJ dan Majlis Bandaraya Johor Bahru diumumkan sebagai PBT terbaik keseluruhan apabila masing-masing memperoleh penarafan lima bintang.

MPSJ menerima penarafan lima bintang melalui sistem yang dijalankan sepanjang tahun lalu terhadap 100 PBT seluruh negara.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.