Categories
NASIONAL

BN sabotaj keamanan negara, tingkat ketegangan kaum

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Selepas setahun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Barisan Nasional (BN) ‘berjaya’ melaksanakan manifesto mereka dalam usaha meningkatkan bebanan rakyat terutama dalam soal kenaikan harga barang.

Hal itu diperkukuhkan lagi dengan sentimen perkauman yang semakin disemarakkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) tanpa tindakan tegas pihak penguasa.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, berkata BN bukan sahaja gagal menunaikan janji tetapi terus gagal mentadbir negara dengan cara adil, telus dan aman.

surendran speech mic 02“BN bukan sahaja membuatkan semua harga barang naik tetapi daripada segi lain seperti ketegangan kaum dan isu agama semakin meluas disebabkan tindakan mereka serta NGO di bawah kawalan (mereka).

“Keadaaan ini menggambarkan seperti mereka ingin sabotaj keamanan di dalam negara dan terus menerus menyebabkan keadaan tegang supaya kekal memerintah negara ini,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, tempoh setahun selepas PRU-13 menunjukkan pelantikan semula BN menerajui pemerintahan negara yang tidak memberikan manfaat besar, bahkan keadaan semakin teruk.

Antara contoh manifesto BN pada PRU-13 lalu adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah, manakala RM600 untuk orang bujang.

Namun, apa yang berlaku BR1M untuk keluarga hanya sekitar RM450 hingga RM650 sementara untuk orang bujang RM300.

GST Grafik BaruSelain itu, janji harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional juga masih belum dilaksanakan.

Apa yang dihadapi rakyat Malaysia pasca PRU-13 kini adalah kenaikan harga barang termasuk tarif elektrik.

Keadaan membebankan itu diperkukuhkan lagi dengan kehadiran perlaksanaan cukai GST di saat pendapatan rakyat gagal ditingkatkan dan bakal dilaksankan, pada April 2015.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.