Categories
NASIONAL

Chegu Bard: “PKR rumah perjuangan saya”

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 MEI: Penggantungan serta merta keahlian Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebaagai Chegu Bard, semalam (28 Mei) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mematahkan perjuangannya untuk bersama parti itu.

Chegu Bard dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini berkata, beliau akan terus bertahan bersama PKR dan yakin dirinya akan mendapat keadilan.

“PKR ini rumah perjuangan saya dan akan terus bertahan. Saya yakin PKR parti reformasi dan pasti mendapat keadilan,” katanya.

ChegubardBeliau turut memaklumkan masih menunggu surat rasmi daripada parti berhubung tindakan penggantungan berkenaan sebelum boleh mengulas lanjut.

Katanya, isu penggantungan itu hanya diketahui melalui maklumat daripada wartawan yang banyak menghubungi beliau untuk mengesahkan perkara terbabit.

“Tidak akan ada tembok yang boleh menghalang perjuangan memastikan demokrasi tidak mati.

“Selebihnya, saya tunggu surat rasmi daripada parti kerana saya belum terima sebarang makluman cuma diberitahu kawan wartawan,” katanya.

Semalam, Lembaga Disiplin PKR memaklumkan Chegu Bard yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) digantung keahlian sehingga siasatan berkenaan aduan salah lakunya ketika pemilihan selesai.

Pemilihan 2014Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, berkata keputusan menggantung keahlian Chegu Bard diputuskan embaga displin parti yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mesyuarat biro politik, kelmarin (27 Mei).

Selain Chegu Bard, PKR turut menggantung seorang lagi ahli, M Nageswaran daripada cabang Kota Raja selama enam bulan.

Manakala anggota cabang Pasir Salak, Yusop Kamaruddin dipecat keahliannya ekoran kesalahan mengingkari arahan surat penggantungan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.