Categories
NASIONAL

JAKIM harus saman Cadbury, salah guna sijil halal

SHAH ALAM, 29 MEI: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) harus memikul tanggungjawab mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar coklat Cadbury kerana menyalahguna sijil halal.

Katanya, saman itu perlu dikemukakan JAKIM dan bukan NGO lain kerana membabitkan kesalahan menipu agensi berkenaan.

Beliau berkata, syarikat itu menipu JAKIM kerana menyalahgunakan sijil halal ke atas produk yang haram dan mengelirukan pengguna lain.

mahfuz omar“Saya hairan. Takkan JAKIM warak sangat sampai tidak kisah ditipu syarikat ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS, hari ini.

Memetik Malaysia Kini, Mahfuz berkata, PAS belum bercadang untuk mengadakan bantahan atau memboikot syarikat pengeluar produk terbabit.

“Saya fikir bahawa bila sudah jelas ada penipuan, maka tidak perlu boikot. Umat Islam tahu ia ada DNA babi yang tidak boleh dimakan.

“Tak perlu boikot dan tak payah makan barangan daripada syarikat terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menuntut agar kerajaan mendedahkan nama orang Islam yang menjadi pemegang saham syarikat berkenaan.

Katanya, individu terbabit juga perlu bertanggungjawab kerana membiarkan isu penyalahgunaan sijil halal itu berlarutan.

“Saya minta kerajaan perincikan siapa pemegang syer dalam Cadbury. Apa yang wakil Islam buat sampai tidak sedar hal ini,” katanya.

heroNutBlocksPada 24 Mei lalu, dua produk cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi.

Penemuan itu disambut dengan pelbagai reaksi antaranya daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pengeluar coklat itu menanggung kos mencuci darah orang Islam yang memakan bahan berkenaan.

NGO Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Berajaan (ACCIN) juga merancang mengemukakan saman berbilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.

Sebuah lagi NGO Islam, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan polis menggesa kilang Cadburry di Shah Alam ditutup, pada 28 Mei lalu (semalam).

Leave a Reply

Your email address will not be published.