Categories
SELANGOR

Kitar semula pelupusan sampah domestik bantu subur tanaman

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhasrat ingin mewujudkan sistem pelupusan sampah domestik yang mampu dikitar semula.

Datuk Bandar, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata pihaknya kini sedang meneliti teknik memproses buangan domestik seperti sisa makanan untuk dijadikan baja.

mbsaKatanya, baja yang dihasilkan itu boleh digunakan semula bagi menyemai dan menyubur landskap tumbuhan di bawah jagaan MBSA.

“Kita mahu asingkan tulang bekas makanan untuk diproses menjadi bahan seperti tepung.

“Kemudian kita boleh gunakan balik, jadi sistem pelupusan akan jadi lebih tersusun, persekitaran juga menjadi lebih baik,” katanya di sini, baru-baru ini.

sampahBagaimanapun, beliau mengakui usaha itu memerlukan kerjasama penduduk dan keadaan berkenaan pasti mengambil masa untuk dijayakan.

“Untuk itu, kita akan tubuhkan satu unit publisiti bagi mendidik masyarakat bahawa kebersihan harus bermula dari dapur rumah kita.

“Tetapi kita mesti guna teknik ‘persuasive’ (memujuk) dan mengajar secara berperingkat, jika tidak orang akan marah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.