Categories
SELANGOR

MB ucap takziah keluarga Ust Abd Ghani

SHAH ALAM 19 MEI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ust Abd Ghani Abd Rahman yang meninggal dunia pada jam 12 tengah hari tadi.

Abdul Khalid dalam facebooknya menulis mendoakan agar mantan Pesuruhjaya PAS Melaka itu diberi ganjaran terbaik.

al-Fatihah“Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham Ust Abd Ghani Abd Rahman, mantan Pesuruhjaya PAS Melaka, yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 12 tengah hari tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan beroleh ganjaran yang terbaik di sisi-Nya. Al-fatihah,” tulis Abdul Khalid.

melaka-ghani abd rahmanUstaz Abdul Ghani Abdul Rahman kembali ke rahmatullah kerana komplikasi darah tinggi dan buah pinggang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras 12.05 tengah hari.

“Kembalinya seorang pejuang menemui kekasihnya yang kekal abadi. Takziah buat seluruh isi keluarga Al Marhum Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Mantan Pesuruhjaya PAS Melaka,” tulis Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menerusi facebook.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.