Categories
NASIONAL

PRK Teluk Intan: Dyana Sofia tidak gentar, “Ini Dyana lah…”

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 15 MEI: “Ini Dyana lah,” tulis Dyana Sofia Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang ketika memberikan reaksi serangan blogger Umno dengan penyebaran gambar untuk memburukkan reputasinya.

“Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah.

Dyana Sofya“Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium,” tulis beliau di Twitter.

Dyana merupakan antara nama yang disenarai pendek oleh DAP untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei.

Walaupun hanya baru cadangan, namun Diana yang berumur 27 tahun dilihat mewakili golongan anak muda yang mampu memberikan ancaman politik kepada calon Barisan Nasional.

Dyana twitMenurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gusar dengan sebarang tekanan.

Dyana dalam tulisannya ‘Satu Jam bersama Obama’ berkata, anak muda harus mencari platform dan mengatur strategi dengan baik dengan melibatkan diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.

“Anak muda mempunyai kuasa untuk menegakkan demokrasi. Kita perlu sedar keupayaan kita dan impak yang kita boleh mempunyai di dunia.

“Bersama-sama, kita boleh menjadi satu kuasa yang disegani,” tulisnya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata DAP akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal 27 Mei dan hari pengundian pada 31 Mei.

Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.