Categories
SELANGOR

Program riang ria cuti sekolah tingkat kerohanian pelajar

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan Program Riang Ria Cuti Sekolah selama tiga hari sempena musim cuti persekolahan kali ini, pada 3 hingga 5 Jun ini.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad, berkata program itu akan diadakan di Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA, Seksyen 31, Kota Kemuning, di sini.

Katanya, program kali ini tertumpu kepada aktiviti kerohanian merangkumi pembelajaran tajwid dan bertalaqi seperti Talaqqi Surah Juz Amma dan terjemahannya, kisah disebalik Sural Al-Mulk, kelebihan dan kemuliaan Al-Quran serta transformasi qalbu.

MBSA-Shahrin Ahmad“Program yang akan dilaksanakan ini bertujuan memberikan pendidikan dan persediaan awal kepada pelajar untuk mendalami bacaan serta memahami kelebihan Al-Quran dalam kehidupan harian.

“Program ini juga bertujuan membantu anak memantapkan diri dengan menerapkan kemahiran berfikir, menterjemah, menilai dan membuat keputusan.

“Selain itu, melalui program ini juga mereka dapat meningkatkan keyakinan dengan melatih diri melalui kemahiran berkomunikasi dalam latihan kumpulan yang diadakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Penyertaan terbuka kepada pelajar berusia antara lapan hingga 15 tahun dan terhad kepada 60 orang peserta terawal sahaja dengan yuran penyertaan RM50 seorang yang boleh dibuat di Kaunter Utama, Tingkat G, Wisma MBSA.

Bagi memberi kemudahan kepada peserta, MBSA turut menyediakan pengangkutan bas dari Wisma MBSA ke Perpustakaan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning.

Picture6Shahrin berkata, MBSA juga turut menganjurkan Program Lab Interaktif bertempat di Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA, Seksyen 31, Kota Kemuning dengan penyertaan juga terhad kepada 20 orang peserta sahaja bagi setiap sesi, pada 31 Mei ini.

“Program tiga sesi ini bertujuan membantu membentuk anak memantapkan diri dengan menerapkan kemahiran berfikir dengan menterjemah dan memahami apa yang dipelajari.

“Selain itu, melalui program ini juga mereka dapat meningkatkan keyakinan dengan melatih diri melalui kemahiran berkomunikasi dalam latihan berkumpulan dengan berinteraksi sesama ahli kumpulan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkenaan Program Riang Ria Cuti Sekolah dan Program Lab Kreatif boleh hubungi Unit Perpustakaan, Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, Rafidah Abdul Rahman di talian 013-3685345 atau Syuhaida (013-3026814).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.