Categories
SELANGOR

Hamid Gurkha, Am Raja Lawak luang masa sertai gotong-royong USJ 1

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 28 JUN: Pelawak terkenal, Hamid Gurkha meluangkan masa bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi memeriahkan Program Gotong-Royong Membanteras Aedes Bersama Selebriti Siri 3 di Pangsapuri Angsana, USJ 1, di sini, hari ini.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ab Rahman mula dikenali melalui filem Panglima Badul.

mpsj 3Selain Pak Hamid, aktiviti itu turut dihadiri pelawak, Aman Shah Asri atau lebih dikenali sebagai Am Raja Lawak bagi memeriahkan program gotong-royong sebelum menyambut kehadiran bulan Ramadan.

Majlis perasmian disempurnakan Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi dan MPSJ menyediakan peralatan kerja pembersihan seperti kereta sorong serta penyodok longkang, selain bantuan agensi lain seperti bomba juga kerjasama penduduk setempat.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan kepentingan menjaga persekitaran dalam usaha membanteras masalah denggi.

 

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.