Categories
SELANGOR

MPK sasar untung lebih RM1juta pengambilalihan Plaza MPK

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 1 JUN : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyasarkan keuntungan lebih RM1 juta tahun ini ekoran pengambilalihan pengurusan Plaza MPK daripada kontraktor swasta yang dilantik sebelum ini.

Yang Dipertua MPK, Mohammad Yacob berkata MPK menjangkakan pengambilalihan pada Februari lalu dapat mengurangkan lebih 60 peratus kos yang ditanggung pihaknya.

mpkKatanya, bagi fasa pertama, MPK terpaksa mengeluarkan kos bagi membaik pulih plaza berkenaan.

Namun, beliau menegaskan masalah kos tidak menjadi penghalang kerana menjangkakan pulangan yang diterima dalam beberapa tahun akan datang.

“Bagi memastikan suasana lebih selesa, sistem penghawa dingin akan dipasang walaupun kos tinggi.

“MPK juga akan membaik pulih laluan masuk ke plaza selain menukar pintu asal kepada pintu cermin dan unit kedai,” katanya dalam lawatannya baru-baru ini.

Mohammad berkata MPK juga akan membuat promosi sewaan kepada peniaga dengan memberikan diskaun kepada penyewa yang berminat.

“MPK juga akan membawa masuk beberapa pasar raya bagi mengantikan Mydin yang akan tamat kontrak,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.