Categories
NASIONAL

Najib Razak lemah, kerajaan bayar RM30 juta bebas tebusan warga China

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 2 JUN: Kerajaan Malaysia didakwa membayar kira-kira RM30 juta bagi pembebasan pelancong warga China yang diculik di Semporna, Sabah dua bulan lepas.

Dakwaan itu didedahkan portal fz.com dalam laporannya hari ini yang mendapat maklumat daripada sumber memberitahu perkara itu kepada pihak mereka.

twet tebusanTulisnya, pembayaran wang tebusan RM30 juta itu dibayar kepada Abu Sayyaf untuk pembebasan itu yang kebetulan sama dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China baru-baru ini.

Laporan media mengatakan penculik menuntut wang tebusan sebanyak 500 juta pesos (RM36.5 juta) untuk pembebasan itu.

Menurut fz.com, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein belum memberikan sebarang komen apabila dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berkenaan dakwaan itu.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam twitternya mempersoalkan tindakan kewajaran Kerajaan Malaysia dalam pembayaran tebusan itu kepada penculik.

penculik“Reuters lapor Polis Filipina bagitau Najib Razak bayar sejumlah wang yang besar dalam usaha melepaskan mangsa culik di Sabah.

“Najib pada hari pembebasan itu dia bangga konon Malaysia mampu berunding dan disegani,
soalnya sekarang wajarkah negara membawa penjenayah berunding dan beri wang pula, lemahnya Najib,” tulis Badrul Hisham.

Sebelum ini, Najib Razak mengumumkan tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan seorang wanita warganegara China dan seorang wanita warganegara Filipina yang diculik dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Sabah awal April lepas.

“Saya baru sahaja diberi taklimat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas, telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

“Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan mereka,” kata Najib dalam Twitter beliau pada Sabtu.

Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata telah menculik pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.