Categories
SELANGOR

Nilai Pembangunan Kasar Selangor RM40 bilion 5 tahun akan datang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 JUN : Dalam tempoh lima tahun akan datang, Selangor akan membawa projek pembangunan perumahan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM40 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek pembangunan keseluruhan itu sudah diluluskan oleh Majlis Fizikal Negara.

MBKatanya, dengan pembangunan pesat yang akan dibangunkan itu, Kerajaan Negeri mahu semua pihak memahami dan menerima perancangan yang dilakukan.

“Kelulusan ini bukan sahaja dibuat oleh Kerajaan Negeri tetapi juga oleh Majlis Fizikal Negara kerana ia membabitkan projek perumahan yang besar.

“Jadi, jika ada pembangunan yang banyak itu, saya berharap semua pihak bersedia untuk terima jumlah pembangunan itu,” katanya ketika membentangkan rumusan Majlis Dialog Belanjawan negeri 2015, semalam.

Abdul Khalid berkata bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan cuba menyelesaikan kesan positif dan negatif dari pembangunan terbabit.

Katanya, antara kesan negatif itu ialah kesan kepadatan penduduk akan bermastautin di negeri Selangor dan akan menghadapi masalah kemudahan prasarana.

“Bagaimanapun, kita akan cuba menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, kita akan memberi penerangan kepada semua pihak supaya mereka memahami dan menerima perancangan yang akan dilakukan.

“Kerajaan Negeri mesti untuk memberikan kemudahan pengangkutan, air dan elektrik. Kita juga akan menerangkan hal ini kepada semua pihak mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menyambut baik keterbukaan PBT untuk menyeragamkan permohonan kebenaran merancang.

Katanya, ia merupakan satu usaha bagi menunjukkan Selangor bersedia untuk membenarkan pemaju-pemaju membentangkan perancangan secara terbuka.

“Ini adalah satu usaha ditunjukkan Selangor bersedia untuk membenarkan pemaju membentangkan perancangan mereka secara terbuka dan melihat bagaimana perubahannya dan memberi kesan positif dan negatif kepada pembangunan di setiap PBT,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.