Categories
NASIONAL

Tak perlu panggil Ahli Parlimen, ADUN sebagai Yang Berhormat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 2 JUN : Naib Presiden PKR, N Surendran berkata gelaran ‘YB’ tidak perlu diguna pakai di luar Dewan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerana ia memalukan dan tidak masuk akal ekoran mereka merupakan penjawat awam.

Katanya, dalam tatanegara yang bebas dan demokratik, wakil rakyat tidak seharusnya mengangkat diri mereka mengatasi rakyat melalui gelaran itu hanya kerana dipilih menjawat jawatan terbabit.

ParlimenBeliau berkata semua wakil rakyat harus menghentikan amalan gelaran itu agar mereka tidak terlalu mengangkat diri mengatasi rakyat.

“Gelaran ini tidak selaras kerana wakil rakyat yang dipilih merupakan penjawat awam dan bukan juga tuan.

“Malah gelaran terbabit juga tidak diamalkan dalam negara-negara Komanwel yang lain,” katanya dalam kenyataan media.

Surendran berkata orang ramai hanya perlu memanggil Ahli Parlimen dengan gelaran ‘Encik, ‘Cik’ atau ‘Puan’ sahaja.

“Namun, ramai wakil rakyat juga mempunyai tabit dengan memanggil antara satu sama lain dengan panggilan ‘YB’ di luar Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

“Sedangkan istilah itu hanya boleh digunakan antara satu sama lain di dalam Dewan semasa perbahasan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.