Categories
SELANGOR

600 pelajar, guru Selangor sertai tadarus dan khatam Al-Quran Perdana

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekali lagi meneruskan tradisi menganjurkan Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah Rendah Agama Negeri Selangor tahun 1435H/2014M.

Untuk tahun ini, program berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran hampir 600 orang pelajar tahap dua (tahun 4-6) serta guru Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor.

IMG-20140715-WA0001Program yang diadakan pada setiap Ramadan itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad dan turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Mohamed Amir Danuri.

Program diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu antara lain bertujuan memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran di kalangan pelajar yang berlangsung, semalam (14 Julai).

Selain itu, program yang dijayakan Bahagian Pendidikan Islam JAIS itu juga bertujuan bagi menghidupkan Syiar Islam serta memahirkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pada masa sama, ianya juga diharapkan dapat menerapkan nilai murni dan kecintaan kepada Al-Quran khususnya di bulan yang penuh barakah iaitu Bulan Ramadan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.