Categories
SELANGOR

Abdul Khalid: Hentikan sebar berita palsu kedudukan MB Selangor

SHAH ALAM 7 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pihak yang yang menyebarkan berita palsu berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor supaya menghentikan perbuatan itu.

Abdul Khalid berkata dakwaan itu tidak benar kerana hari ini beliau pada sebelah pagi mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa di SUK 2, Shah Alam.

MB twiterKenyataan Abdul Ibrahim itu sekali gus menafikan berita tersebar kononnya beliau bakal meletakkan jawatan, hari ini.

Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor di twitternya menyeru orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan itu.

“Tan Sri Khalid Ibrahim masih MB. Jgn percaya kepada khabar-khabar angin,” tulis Iskandar.

Iskandar twit

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, satu lagi mesej WhatsApp tersebar, kononnya daripada agensi Berita Nasional (BERNAMA) yang menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah pun meletakkan jawatan dan Pesuruhjaya PAS Selangor dijangka mengangkat sumpah jawatan pada jam 2 petang.

berita palsuBagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, BERNAMA menyebarkan berita terkini melalui twitter yang menafikan penyebaran berita peletakan jawatan Abdul Khalid.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.