Categories
NASIONAL

Arah perniagaan daftar GST, tanda BN tak layan bantahan rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kenyataan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sri Khazali Ahmad supaya perniagaan berdaftar mematuhi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan mendaftar segera menunjukkan kesungguhan kerajaan melaksanakannya tanpa mempedulikan beban yang terpaksa ditanggung rakyat.

Bekas Pengarah Bank Negara Malaysia, Dr Rosli Yaakob, berkata hal itu juga menunjukkan kerajaan tidak akan mempedulikan bantahan rakyat bagi mengalihkan beban hutang negara kepada rakyat terbanyak.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan sudah tak akan peduli semua bantahan rakyat sama ada yang dah dibuat atau akan dibuat pada masa akan datang walaupun beban cukai rakyat meningkat sebab GST ini. Ini menunjukkan sikap tidak pro-rakyat.

GST Grafik Baru“Hutang semakin meningkat dan kerajaan pula ada projek mega yang mahu dilaksanakan. Maka kerajaan perlukan dana yang besar. Kerajaan tidak ada jalan lain untuk meningkatkan pendapatan kecuali mengenakan GST kepada rakyat.

“GST ini menyeluruh kepada semua lapisan rakyat tak kira miskin atau kaya, tua atau muda yang sudah tentu beri pendapatan yang banyak kepada kerajaan. Sebab itu kerajaan begitu serius mahu melaksanakannya,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Beliau berkata, pertambahan mendadak pendapatan negara melalui cukai itu akan menyebabkan kerajaan semakin boros berbelanja walaupun terdapat langkah menjimatkan wang rakyat boleh diambil bagi menyelamatkan negara daripada bebanan hutang yang tinggi.

kastam-khazaliSebelum ini, Khazali dalam ucapan penutup Persidangan GST Kebangsaan 2014 menggesa syarikat dan perniagaan mendaftar secepat mungkin ke dalam GST bagi mengambil kesempatan daripada Program Subsidi E-Baucar, pada 11 Julai lalu.

Katanya, syarikat yang mendaftar awal akan diberikan subsidi E-Baucar bernilai RM1,000 bagi membeli perisian perakaunan patuh GST daripada pembekal yang disahkan Jabatan Kastam.

Apabila GST dilaksanakan nanti, syarikat yang memperoleh jualan tahunan melebihi RM500,000 setahun dikehendaki mengenakan GST kepada pengguna.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.