Categories
SELANGOR

Audit MES: Kerajaan Selangor bersama SPRM perangi rasuah, salah guna kuasa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 JUL: Kerajaan Selangor sudah memeterai perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan tata kelola tadbir urus kerajaan negeri dijalankan dengan telus dan berintergiriti.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk proses mengaudit perbelanjaan Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang sedangkan dijalankan di seluruh pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Pejabat Penyelaras DUN seluruh Selangor ketika ini.

MB“Audit dilakukan Bendahari Negeri dan juga audit dalaman kerajaan negeri sebab itu proses tatacara dia adalah tatacara yang dibuat seperti mana Jabatan Audit Negara.

“Kita sudah membuat perjanjian persefahaman SPRM dalam usaha menentukan tatacara pengurusan negeri dibuat dengan betul dan tertib.

“Adakalanya SPRM akan bersama audit negeri dalam menjalankan penyelidikan yang tujuannya menolong negeri dalam menentukan usaha dijalankan kerajaan negeri ini dapat mengurangkan kejadian rasuah dan salah guna kuasa,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menjalanan kerja audit terhadap program-program MES di pejabat ADUN dan Ahli Parlimen seluruh Selangor bagi memastikan keberkesanan program itu dan sampai kepada golongan sasaran.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan SPRM terhadap beberapa pejabat ADUN dan Ahli Parlimen yang dikatakan terdapat penyelewengan dalam menguruskan dana MES yang disalurkan untuk masyarakat tempatan melalui pejabat masing-masing.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.