Categories
NASIONAL

DAP kecam larangan puasa di China dan keganasan regim Zionist

SHAH ALAM 4 JULAI: DAP mengecam larangan berpuasa di China sepanjang bulan suci Ramadan serta keganasan yang semakin menjadi-jadi di Timur Tengah, yang memakan korban kanak-kanak tidak berdosa.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP terkejut dengan keputusan kerajaan pusat China untuk melarang pelajar dan penjawat awam di daerah muslim Xinjiang daripada melaksanakan ibadah puasa di bulan mulia Ramadan ini.

uighur“DAP amat kesal dengan keputusan yang begitu lapuk dan bertentangan dengan intipati hak asasi manusia dan kebebasan beragama.

“Penindasan terhadap agama minoriti tidak boleh dijustifikasi, tidak kira apa pun keadaannya,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Beliau menyeru kerajaan China untuk menarik balik arahan tersebut dengan serta merta dan membenarkan pelajar, anggota parti dan penjawat awam beragama Islam untuk berpuasa pada bulan Ramadan ini.

Katanya, DAP juga mengecam keganasan yang sedang tercetus di Baitulmaqdis dan di serata Palestin berikutan kematian tiga remaja Israel dan pembunuhan mengerikan seorang pemuda Palestin di Baitulmaqdis.

“DAP mengecam larangan berpuasa di China pada bulan Ramadan yang mulia ini serta meningkatnya keganasan di Timur Tengah yang telah memakan korban kanak-kanak yang tidak berdosa.

“Berilah peluang kepada kepelbagaian, keterangkuman sosial, agama dan keamanan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.