Categories
NASIONAL

Hamas gesa negara Islam berhimpun zahirkan solidariti

SHAH ALAM, 10 JULAI: Hamas mengingatkan umat Islam tidak hanya berpeluk tubuh dengan sekadar melihat apa yang dilakukan tentera zionis Israel kepada rakyat Palestin ketika ini.

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal, berkata negara Arab dan Islam khususnya Mesir digesa berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang dibunuh.

khaleed meshaal hamas“Ramadan sentiasa menjadi bulan kemenangan kepada orang Islam. Ramadan 1973 menyaksikan hari kemenangan bagi rakyat Mesir dan tentera mereka ke atas Israel. Kami mahu sokongan anda,” katanya dalam satu temubual di televisyen di Qatar, Doha.

Menurut laporan harakah daily, Meshaal turut menyalahkan negara Yahudi itu sebagai memulakan pencerobohan.

“Rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri,” katanya.

gaza1Sejak 7 Julai lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Palestin dan menyebabkan lebih 53 syahid termasuk wanita dan kanak-kanak.

Aktivis mendakwa tentera rejim menggunakan senjata pemusnah yang dilarang pihak antarabangsa.

Meshaal berkata, pihak pertahanan akan terus memikul tanggungjawab untuk mempertahankan tanah Palestin.

gaza-photo“Kami tidak mengancam sesiapa, tetapi kita mempunyai hak untuk mempertahankan diri kita sendiri.

“Israel hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan pemimpin mereka untuk sebarang tindak balas berikutnya yang akan berlaku,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.