Categories
SELANGOR

Isu MB: Tumpu tugas bela rakyat & laksanakan program diatur

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 23 JULAI: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad mahu semua ahli PAS negeri itu meneruskan khidmat kepada rakyat.

Iskandar berkata semua pimpinan juga perlu memastikan agar tidak hilang tumpuan sehingga kebajikan dan kepentingan rakyat menjadi terabai.

Iskandar Samad“Semua ahli, sama ada Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua Kampung, Nazir masjid, Pengerusi Surau atau pemegang jawatan lain, perlu terus berkhidmat dengan tekun dan bersungguh-sungguh kepada rakyat.

“Segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program yang sudah diatur perlu diteruskan,” katanya dalam kenyataan media.

Iskandar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata ketika ini, rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya dalam apa jua keadaan.

“Di saat-saat seperti ini, ahli-ahli mesti menzahirkan kepimpinan mereka dan tarbiyyah yang sudah mereka lalui selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu pertukaran Menteri Besar yang hangat diperkatakan ketika ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan untuk menukar jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.