Categories
SELANGOR

Kawasan pentadbiran MPSJ catat 17 kes denggi berdarah minggu lalu

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sekali lagi mencatatkan kematian akibat denggi menjadikan angka keseluruhan berjumlah enam orang, sejak Januari lalu.

Dengan perkembangan terbaru itu, Yang DiPertuanya, Datuk Asmawi Kasbi, berkata masyarakat perlu bekerjasama memastikan persekitaran premis kediaman masing-masing berada dalam keadaan bersih dan terjaga.

Katanya, penghuni setiap isi rumah perlu meluangkan masa meneruskan kempen 10 minit bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

mpsj 3“Minggu lalu, pegawai perubatan mengesahkan 17 kes dilaporkan sebagai deman denggi berdarah. Terdapat lapan kawasan masih dikenalpasti sebagai lokaliti panas sementara lima lagi lokasi dikategorikan sebagai wabak tidak terkawal.

“14 lokasi sebelum ini yang banyak dilaporkan kes demam denggi kini dikategori sebagai lokaliti wabak terkawal dan tiada lokasi wabak baru direkodkan MPSJ,” katanya.

Sementara itu, memetik Sinar Harian, enam mangsa yang disahkan meninggal dunia masing-masing tinggal di Kota Perdana, Taman Pinggiran Putra, Bandara Kinrara Seksyen 1, Taman Kinrara Seksyen 3, USJ 1 dan Serdang Height.

Lokaliti panas termasuk Lagoon Perdana PJS9, USJ 9/2, Taman Pinggiran USJ 1, Seksyen 5, Taman Bukit Serdang, Taman Puchong Permai, kuarters MPSJ, Bandar Puchong Jaya dan Jalan Wawasan 2, Pusat Bandar Puchong.

mpsjSementara itu, Taman Lestari Perdana, Taman Kinrara Seksyen 5, Taman Puchong Perdana, USJ 1 dan USJ 1/4 pula termasuk dalam kawasan wabak tidak terkawal.

Selain satu kes kematian, sejak 29 Jun hingga 5 Julai, terdapat 142 lagi kes demam denggi dilaporkan di MPSJ.

Sehingga kini, MPSJ sudah melakukan pemeriksaan terhadap 26,985 unit rumah dan 596 tempat pembiakan nyamuk Aedes berjaya ditemui.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.