Categories
SELANGOR

KIDEX hanya dibina jika masyarakat positif selepas sesi pendengaran awam

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 JULAI: Kerajaan Selangor tidak akan memperbaharui pemilikan tanah lebih 3,700 unit hartanah yang digazetkan bagi pembinaan Lebuhraya Damansara -Puchong (KIDEX).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pelaksanaan KIDEX itu juga hanya akan diteruskan selepas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengadakan sesi pendengaran awam dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama penduduk setempat.

Katanya, jika penerimaan masyarakat positif selepas pendengaran itu, maka ia akan dilaksanakan.

x2 (1)“Kita akan hanya meneruskan usaha itu selepas proses pendengaran yang kita sudah minta dilakukan LLM bersama MBPJ. Jadi, kita tidak akan lakukan sehingga selesai proses pendengaran berlaku.

“Pada penelitian kita, pada masa terbabit dan dinasihatkan oleh LLM penerimaan masyarakat terhadap lebuh raya itu adalah positif, maka baru kita laksanakan,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian insentif kontijen Selangor SUKMA 2014, di Dewan Jubli Perak, di sini.

Sebelum ini, penduduk mahu Kerajaan Negeri tidak memperbaharui pemilikan tanah yang digazetkan kerana pemaju KIDEX belum menyerahkan sebarang dokumen untuk pembinaan lebuh raya berkenaan.

kidex1KIDEX adalah projek lebuhraya bertingkat yang bakal merentasi kawasan perumahan berpenduduk padat dalam kawasan Petaling Jaya dan Puchong yang memerlukan pengambilalihan 300 plot tanah.

Projek itu juga dijangka menelan belanja RM2.2 bilion sepanjang 14.9 kilometer.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.