Categories
SELANGOR

MB: Wakil rakyat perlu hormati institusi diraja

SHAH ALAM 16 JULAI: Semua wakil rakyat di Selangor diseru untuk menghormati institusi diraja sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ‎idea dan cadangan mereka perlu mengikut saluran tertib supaya tujuan mereka dapat dilaksanakan.

MB“Dalam senario di Malaysia, oleh kerana kita ada sistem monarki, jadi kita mesti ambil kira tentang perkara tersebut,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Semalam, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan teguran kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dalam isu bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.