Categories
SELANGOR

MBSA sedia kaunter kumpul minyak masak terpakai

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 JUL: Sempena bulan Ramadan 1435H Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan kaunter pengumpulan minyak masak terpakai.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, kaunter berkenaan dibuka di kawasan bazar Ramadhan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini.

kitar smeula minyak terpakaiKatanya, usaha ini bagi menggalakkan orang ramai khususnya peniaga bazar supaya tidak membuang minyak masak terpakai.

“Sebaliknya, peniaga juga orang ramai terutama pengunjung boleh menyerahkan ke kaunter yang disediakan oleh pihak MBSA ini.

“Kita mahu memberikan kesedaran dan mendidik pengunjung dan peniaga supaya mengamalkan pemakanan yang sihat dan tidak menggunakan minyak masak yang sama berulang kali,” katanya dalam satu kenyataan.

Kaunter pengumpulan minyak masak terpakai dibuka sepanjang bulan Ramadan jam 4.00 petang hingga 7.00 malam.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung kaunter pengumpulan minyak masak ini, para peniaga mahupun orang ramai boleh hubungi Bahagian Pembersihan Awam, MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1570 atau 1271.

Merujuk laman web MBSA, program kitar semula minyak masak mula dilaksanakan di kawasan MBSA bermula pada tahun 2009 sehingga kini.

Pihak MBSA menyediakan tong pengumpulan minyak masak terpakai di beberapa lokasi seperti Pusat Kitar Semula Seksyen 6, Pusat Kitar Semula Seksyen 11, Pusat Kitar Semula Seksyen 17, Pusat Kitar Semula Seksyen 25 dan Pusat Kitar Semula Seksyen U8.

Selain itu, MBSA juga menyediakan perkhidmatan menghantar dan mengambil tong bagi pengumpulan minyak masak untuk restoran, kantin, kilang makanan, hotel dan sebagainya dengan kapasiti tong adalah 60 liter, 200 liter dan 1,000 liter.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.