Categories
NASIONAL

MH17: Kerajaan perlu jalankan siasatan menyeluruh untuk pengadilan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Kerajaan Malaysia menjalankan siasatan menyeluruh terhadap tragedi MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Rusia -Ukraine, awal semalam.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata siasatan terhadap insiden tragis itu perlu bagi membolehkan pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan.

malaysia-airlines-boeing-777“Negara kita dan seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragis pada awal pagi Jumaat, Ramadan yang ke-20 apabila berlakunya kemalangan pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal selepas dilaporkan terhempas di sempadan Ukraine-Rusia, malam tadi.

“Seluruh keluarga PKR merakamkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi ini dengan doa supaya semua sabar dan tabah dalam menghadapi saat yang cukup getir dan penuh dugaan ini.

“PKR juga berharap masyarakat antarabangsa khususnya di Rusia dan Ukraine, termasuk puak pemisah pro-Rusia di kawasan terhempasnya pesawat MH17 akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat dan penyelamat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan medianya, di sini, hari ini.

azizahDalam laporan awal beberapa agensi berita mendakwa beberapa saksi ditempat kejadian memberitahu pesawat penumpang itu dipercayai ditembak jatuh oleh pihak yang masih belum dikenal pasti.

Sehingga kini masih belum ada sebarang pihak mengaku bertanggungjawab menembak pesawat malang itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.