Categories
NASIONAL

MH370: Siapa ganggu sistem kuasa pesawat?

SHAH ALAM 1 JULAI: Penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat MAS MH370 yang hilang sudah 115 hari lepas mengalami gangguan kuasa ‘misteri’ pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

Stealth MH370Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

“Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa.

“Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika,” katanya.

Penyiasat nahas udara itu berkata mereka menemui bukti baru kehilangan pesawat MH370 mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.

Color MH370 location map.jpg.CROP.promovar-mediumlargeMenurut laporan itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan ‘log masuk’ yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Laporan menyebut mengenai permintaan ‘log masuk’ yang dikenali sebagai ‘handshake’ yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.

“Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.

“Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan ‘logon’ adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa,” Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Australia mendedahkan bahawa Boeing 777 cuba untuk membuat ‘log masuk’ ke satelit Inmarsat pada pukul 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.

Ketika itu pesawat sedang terbang di utara pulau Sumatera Indonesia.

Pesawat itu menyimpang dari laluan sebenar untuk ke destinasinya iaitu Beijing, tetapi tidak lagi menukar arah ke selatan Lautan Hindi.

Pesawat itu mengalami satu lagi permintaan log masuk hampir sama kira-kira enam jam kemudian, walaupun ini adalah ‘handshake’ satelitnya ketujuh dan terakhir yang dipercayai pesawat kehabisan bahan api dan kuasa elektrik sebelum terhempas, di suatu tempat di selatan Lautan Hindi.

Nurul-IzzahSebelum ini, PKR mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menubuhkan badan penyiasatan bebas berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan segera.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata ia perlu dilakukan ekoran anggota keluarga penumpang dan anak kapal masih menunggu jawapan yang menjangkau lebih tiga bulan.

Izzah turut menggesa Tiong Lai mendedahkan laporan audit terhadap sistem radar Jabatan Penerbangan Awam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.