Categories
NASIONAL

Penerbangan AK278 AirAsia tergelincir dari landasan di Brunei

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 8 JULAI: Penerbangan AK278 tergelincir di landasan semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 4 petang, semalam

Penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur dan dijadualkan mendarat di Bandar Seri Begawan pada 4 petang sebelum tergelincir “sedikit” di landasan semasa hendak mendarat.

1544999_927453050613906_2269971178873365393_nMenurut AirAsia dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu membawa 102 penumpang dan tujuh kru dan mereka telah selamat keluar dari pesawat. Tiada laporan mengenai kecederaan.

Sementara itu, menurut penumpang, Won Fabio yang menceritakan detik itu laman Facebook berkata kejadian itu adalah pengalaman pahitnya yang berhadapan situasi cemas tidak diduga.

Katanya ketika kejadian penumpang agak kelam kabut kerana tiada pengumuman dan arahan daripada kapten selepas pesawat itu tergelincir.

10527359_927377253954819_2312547977033357429_n“Apabila kapal tergelincir, kami tidak dapat melihat “cahaya dalam gelap” talian di atas lantai, dan saya melihat wayar yang panjang menurun daripada petak tetapi tiada topeng oksigen, atendan penerbangan (pramugara) membuat seluruh keadaan lebih buruk, dia menjerit, lari,lari, lari,” tulisnya.

Dia juga sempat mengirimkan beberapa gambar detik cemas kejadian itu di laman facebooknya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.