Categories
BERITA UTAMA

Penstrukturan Air Selangor- Siri 1

Siri penerangan atau penjelasan mengenai pendekatan, dasar dan halatuju pentadbiran Pakatan Rakyat Negeri Selangor menerusi media merupakan antara wadah untuk mencipta kesedaran awam dan memperbetulkan persepsi umum di samping menamatkan kekeliruan dan salah faham tentang sebarang isu.

Dalam artikel pertama ini, isu penyusunan semula industri perkhidmatan air Selangor terutamanya berkaitan dengan Memorandum of Understanding (MoU) yang dimeterai pada 26 Februari 2014 dan Heads of Agreement (HoA) yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri and Persekutuan pada 1 Ogos 2014 diberi keutamaan kerana pelbagai dakwaan dan tohmahan yang timbul bukan sahaja tidak masuk akal malah ianya mungkin berniat jahat sehingga boleh merencat atau lebih parah lagi, menggagalkan sama sekali usaha murni Kerajaan Negeri untuk mengembalikan hak air kepada rakyat.

airbaruPertama, pampasan bahagian ekuiti dalam tawaran terakhir Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada empat syarikat konsesi air bertarikh 26 Februari 2014 didakwa telah dipotong hampir RM2 billion bagi Splash supaya nilai digabungkan bagi Puncak Niaga dan Syabas boleh dinaikkan sebanyak RM568 juta kepada RM1.638 billion.

Syarikat Konsesi

 

20 Februari 2013

21 November 2013

26 Februari 2014

ABBAS

Ekuiti

RM86.2 juta

RM86.2 juta

RM86.2 juta

Liabiliti

RM906.0 juta

RM906.0 juta

RM906.0 juta

SPLASH

Ekuiti

RM250.6 juta

RM250.6 juta

RM250.6 juta

Liabiliti

RM1,584.0 juta

RM1,584.0 juta

RM1,584.0 juta

PUNCAK NIAGA

Ekuiti

RM1,117.5 juta

RM1,117.5 juta

RM1,117.5 juta

Liabiliti

RM1,359.5 juta

RM1,359.5 juta

RM1,359.5 juta

SYABAS

Ekuiti

RM520.5 juta

RM520.5 juta

RM520.5 juta

Liabiliti

RM3,827.4 juta

RM3,827.4 juta

RM3,827.4 juta

JUMLAH

 

RM9,651.7 juta

RM9,651.7 juta

RM9,651.7 juta

 

Hakikatnya, di setiap tiga tawaran terakhir bertarikh 20 Februari 2013, 21 November 2013 dan 26 Februari 2014, bukan sahaja nilai tawaran keseluruhan konsisten sebanyak RM9.65 billion, malah pampasan bahagian ekuiti jika digabungkan bagi Puncak Niaga dan Syabas kekal sebanyak RM1.55 billion tanpa sebarang peningkatan manakala bagi Splash juga tidak berubah langsung sebanyak RM251 juta. Liabiliti berkaitan air yang bakal diambilalih juga kekal sama sebanyak RM4.039 billion bagi Puncak Niaga dan Syabas jika digabungkan serta RM1.584 billion bagi Splash pada ketiga-tiga tawaran terakhir tersebut.

Jelas bahawa dakwaan tawaran kepada Splash diubahsuai agar lebih menguntungkan Puncak Niaga dan Syabas tidak berasas sama sekali. Agak aneh sebenarnya apabila Splash telah bersetuju secara dasar untuk menerima tawaran bertarikh 20 Februari 2013 namun telah menolak tawaran bertarikh 26 Februari 2014 sedangkan nilai tawaran adalah sama tanpa sebarang perubahan.

Kedua, pertikaian mengenai metodologi penilaian yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri iaitu pulangan ekuiti tahunan tanpa dikompaun pada kadar 12% dan bukannya kaedah “discounted cash flow” (DCF) atau kaedah “net asset value” (NAV) iaitu nilai aset bersih yang lazimnya menjadi pilihan bagi menaksir nilai saksama pampasan dalam pengambilalihan syarikat.

Hakikatnya, pulangan ekuiti 12% setahun merupakan satu klausa yang wujud dalam Perjanjian Penswastaan. Maka, menggunapakai kaedah ini konsisten dengan terma dan syarat Perjanjian tersebut dan selari dengan konsep mengekalkan “kesucian” kontrak yang sah di sisi undang-undang. Adalah tidak adil dan tidak munasabah sekiranya kaedah yang tidak seragam digunapakai untuk memenuhi permintaan mana-mana syarikat konsesi air tertentu.

Nantikan pencerahan lanjut dalam terbitan berikutnya secara berkala.

Leave a Reply

Your email address will not be published.