Categories
SELANGOR

Keluar kenyataan terbuka tolak pencalonan, hanya sokong Wan Azizah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 OGOS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Selangor menarik diri jika mendapati nama mereka dicalonkan oleh msebarang pihak untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor yang baru.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut menyeru supaya ADUN PKR Selangor mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung pendirian itu dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.

Kongres PKR 05“Saya menyeru supaya ADUN PKR Selangor yang lain juga membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh sebrang pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara parti yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

“Kenyataan terbuka setiap ADUN PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Dr Wan Azizah dan menarik diri daripada sebarang pencalonan adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan dalam melawan Umno-Barisan Nasional (BN),” kata Rafizi dalam satu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Rafizi dalam kenyataan medianya turut merakamkan ucapan tahniah kepada ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan secara terbuka sokongan penuhnya kepada pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

PC PKR RafiziKatanya, Nik Nazmi dalam kenyataan sebelum itu bukan sahaja menolak pencalonan seperti yang disyorkan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, bahkan turut menyatakan sokongan kepada keputusan parti yang menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

“PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sudah membuat keputusan sebulat suara bahawa Dr Wan Azizah adalah calon tunggal PR sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan ini perlu dihormati seperti yang ditunjukkan Nik Nazmi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.