Categories
NASIONAL

Kerajaan perlu perjelaskan dalang tembak MH17

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 OGOS: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menjelaskan beliau tidak menghina mangsa serta waris mangsa MH17 sebaliknya beliau hanya membangktikan persoalan keadilan untuk mereka.

Menerusi laman blognya, chegubard.blogspot.com beliau berkata, keadilan terhadap mangsa MH17 terutama dalam perkembangan usaha mengheret dalang yang menembak jatuh pesawat berkenaan perlu diperjelaskan kepada rakyat

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANE“Maka paling utama diperlukan keadilan terhadap kejadian ini. Rakyat khususnya waris mangsa perlu tahu apa perkembangan dan usaha ke arah mengheret ‘pembunuh’ terlibat ke muka pengadilan? Apa isi kotak hitam dan apa perkembangan siasatan?

“Tahukah kita berapa ramai dalam senarai mangsa tersebut merupakan sumber utama atau satu-satunya sumber pendapatan keluarga ? Perbelanjaan berjuta dihabiskan seharusnya ditumpukan kepada perkara ini bagi meneruskan kelangsungan kepada mereka yang hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam sekumpulan pemuda Umno P.Pinang membuat laporan polis ke atas akaun Twitter milik Che’GuBard yang kononya menghina mangsa serta waris mangsa MH17 menerusi kenyataan ‘MH17 menutup cerita MH370’ di laman Twitter.

Katanya, tidak timbul pertikaian mengenai soal penghormatan terhadap jenazah sedangkan terdapat sebaran kenyataan Pejabat Mufti Perlis bertarikh 22 Ogos 2014 yang secara jelas menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan program tafakur anjuran Kerajaan Pusat berkenaan kerana perbuatan itu didakwa melanggar Faktwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis tahun 1974.

Pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda)  dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur keesokkan harinya pada 6.10 pagi (waktu Malaysia).

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.