Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat perlu tegas tangani isu pukat tunda jejas ekosistem

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kerajaan Pusat perlu lebih tegas menangani kehadiran kapal pukat tunda asing yang menceroboh perairan negara.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, isu pengharaman pukat tunda perlu diambil lebih objektif kerana ia menjejaskan ekosistem dan kerosakan habitat ikan.

pukat tundaKatanya tindakan segera perlu diambil memandangkan hampir sedekad masyarakat antarabangsa membincangkan masalah pengharaman pukat tunda ini.

Beliau berkata, penguatkuasa perlu lebih tegas dalam menahan dan mengenakan tindakan terhadap kira-kira 600 vesel nelayan pukat tunda yang menceroboh hampir setiap tahun.

“Hampir 175,000 tan metrik anak ikan ditangkap dalam masa setahun oleh pukat tunda haram.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap pukat tunda asing yang menceroboh kawasan pengairan khususnya di Sarawak,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Kerajaan perlu lebih tegas larangan ke atas vesel pukat tunda yang menggunakan saiz mata di bawah ukuran 38 milimeter.

Selain itu, siasatan juga perlu dilakukan secara terperinci mengenai korelasi permintaan terhadap anak-anak ikan dan keperluannya di dalam sektor industri akuakultur.

“Sekiranya hasil pengeluaran industri akuakultur digunakan¬† mencecah hampir sejuta tan metrik setahun maka sudah tentu permintaan terhadap anak-anak ikan juga akan tinggi.

“Secara tidak langsung menyukarkan proses pengharaman ini, maka, mekanisme bio teknologi alternatif yang efisyen perlu diwujudkan bagi memenuhi permintaan industri akukualtur tersebut,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.