Categories
NASIONAL

MAS perlu pengurusan cekap, laksana pembaharuan jadi bisnes berdaya saing

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 OGOS: Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) perlu mengambil beberapa langkah komprehensif bagi membolehkan syarikat itu menjadi entiti bisnes berdaya saing.

Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zulkefly Ahmad berkata antara langkah itu adalah menjalankan satu penilaian menyeluruh dan mendalam bagi menangani aspek polisi, dasar dan struktur.

masKatanya, MAS juga memerlukan satu pengurusan cekap dan berkesan bagi segi strategi Bisnes Akumen untuk menangani cabaran persaingan serta  kewangan dan pelaburan.

“Campur tangan ahli politik yang menganggu kelancaran pengurusan khusus di segi pemberian kontrak servis makanan dan minuman serta perbekalan ‘berat sebelah’ serta membebankan kewangan dan pengurusan juga perlu ditangani,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Dr Zulkefly berkata peranan persatuan pekerja juga harus diolah bagi memperkukuhkan MAS.

“Pada masa ini, MAS perlu mengimbangi kesatuan sekerja yang ditanggapi terlalu kuat dan tidak membantu pencapaian prestasi dan keefisienan sistem pengurusan,” katanya.

mas-a380-1-webMengulas lanjut berhubung pembelian MAS beliau berkata pemilik utamanya, Khazanah Nasional Berhad yang memegang 69 peratus sahamnya, tekad membuat ‘Tawaran Awam’ di Bursa bagi membeli selebihnya saham MAS yakni 31 peratus itu dengan harga 27 sen sesaham berjumlah RM1.4 bilion.

Katanya, dengan pembelian itu Khazanah bersedia membawa MAS keluar Bursa dan kembali sebagai entiti ‘Swasta’.

Bagaimanapun, katanya, selepas pembelian dilakukan dan diswastakan MAS, Khazanah berdepan dengan tuntutan kos operasi yang tinggi untuk terus mengurus harian operasi MAS.

“Khazanah pastinya perlu menyuntik dana baru untuk meneruskan khidmat MAS sebelum ‘penstrukturan baru’ dijayakan.

” Pastinya Khazanah memerlukan ‘rakan baru’ bukan sahaja untuk membayar hutang MAS berjumlah RM10 bilion kepada bank  tempatan dan RM2.5 bilion dalam bentuk sukuk kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen

“Pastinya kreditor ini berdepan bayaran dengan “hair-cut”…diskaun yang  besar terpaksa diberikan oleh pihak kreditor kepada MAS,” katanya.

Beliau berkata tawaran itu adalah dianggap baik bagi pelabur jangka pendek yang membeli  semasa tragedi MH370 pada harga 15 sen.

Namun, katanya, bagi pelabur jangka panjang mereka mengalami kerugian besar.

“Harga saham MAS pernah mencecah RM8 sesaham sebelum penswastaan…lawaknya ketika ini tujuh saham MAS baru boleh beli secawan nescafe,” katanya.

Khazanah dijangka akan membeli baki saham yang tidak dimilikinya di dalam syarikat penerbangan nasional itu seawal bulan Ogos ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.