Categories
SELANGOR

MB dijangka sampaikan penjelasan penting esok

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 OGOS: Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan menyampaikan satu penjelasan penting dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Selangor 2014 di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam esok pagi.

Menurut satu sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor, penjelasan itu dipercayai menyentuh beberapa isu yang dikaitkan dengan kemelut MB Selangor sejak kebelakangan ini.

PC EXCO Jan 2013 MB 01“Penjelasan ini penting untuk diketahui kakitangan Kerajaan Negeri dan juga rakyat.

“Elok dengar dahulu sendiri dari MB sendiri esok pagi,” kata sumber berkenaan kepada Selangor Kini tanpa memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, malam tadi Abdul Khalid memberitahu wartawan beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor esok hari bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor.

Jelas beliau, keputusan perbincangan itu akan diumumkan selepas beliau mengadap Baginda Sultan.

“Kita akan umumkan pada hari Isnin, bila masa saya dapat mengadap Tuanku Sultan.

“Selepas itu bila saya mengadap Tuanku Sultan baru diadakan kenyataan media nanti,” kata Abdul Khalid dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Sekolah-sekolah Persendirian Cina Negeri Selangor 2014 yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua, Klang, malam tadi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.