Categories
SELANGOR

MBPJ adaptasi ‘Green City’ bina tempat letak kereta stesen LRT

PETALING  JAYA, 4 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi menjalankan pembinaan kemudahan tempat letak kereta di atas tanah tapak rentis elektrik berhampiran stesen Aliran Transit Ringan (LRT) sekitar Petaling Jaya.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata pembinaan kemudahan itu bagi menampung kekurangan tempat letak kenderaan di stesen LRT yang dihadapi pengguna awam sebelum ini.

Katanya, langkah itu dijangka dapat mengurangkan masalah pengguna yang meletak kenderaan secara tidak sah di kawasan perumahan dan komersial yang menyebabkan gangguan dan kesesakan lalu lintas.

“Ini adalah inisiatif yang diambil MBPJ untuk menggalakkan orang awam menggunakan kemudahan yang disediakan ini,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

lrt asia jayaAlinah berkata, MBPJ sudah mendapat kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di empat tapak rentis elektrik berhampiran stesen LRT dengan kos bayaran tahunan RM2.42 juta.

Antara kawasan yang dikenal pasti adalah Asia Jaya, Taman Paramount, Taman Bahagia dan Kelana Jaya.

“Projek pembinaan tempat kereta di Stesen LRT Asia Jaya sudah dimulakan sejak 22 November tahun lalu dan kerja pembinaan sudah siap sepenuhnya pada 20 Jun lalu,” katanya.

Katanya, MBPJ mengadaptasikan pendekatan Green City dalam projek terbabit dengan kaedah ‘infiltration’ pada petak letak kereta menggunakan ‘green create pavers’ dan sistem perparitan jenis ‘swale’.

ALINAHKerja landskap dan pembinaan wakaf juga akan dijalankan secara berasingan dan bakal disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Projek pembinaan tempat letak kereta di Stesen LRT Taman Paramount membabitkan penyediaan 347 petak letak kereta dan Taman Bahagia pula 500 petak. Ia dijangka akan dimulakan pada Oktober ini dan siap sepenuhnya pada April 2015,” katanya.

Beliau berkata, bagi pembinaan tempat kereta di Stesen Kelana Jaya, ia akan dilaksanakan sendiri pihak Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published.