Categories
SELANGOR

MPSJ anjur program Sambutan Kemerdekaan tawar hadiah RM20,000

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 OGOS : Majlis Perbandaran Subang Jaya akan menganjurkan dua program utama iaitu ‘Kempen Kibar Jalur Gemilang’ dan ‘Program Kayuhan Merdeka IOI’ sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-57.

Program kempen kibar jalur gemilang MPSJ bermula pada 20 Ogos hingga 16 September.

jalur gemilangManakala program kayuhan merdeka IOI diadakan pada 23 Ogos bermula seawal 7.30 pagi bertempat di The Cube, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong.

Timbalan Pengarah Korporat, Muhammad Azli Miswan berkata, objektif perlaksanaan program itu bagi memupuk kesedaran dan semangat patriotis.

Beliau berkata, untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.

“Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan, seperti cabutan bertuah, pameran jualan barangan basikal dan banyak lagi.

“Hadiah pertandingan bernilai sehingga RM20,000 ,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Selain itu, MPSJ berharap orang awam terutama penduduk yang tinggal di kawasan MPSJ merebut peluang menyertai kempen dan program ini sekaligus menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak urus setia di talian 03-80264462 / 4469.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.