Categories
SELANGOR

PAS Selangor junjung kasih titah Sultan kedudukan MB

SHAH ALAM 26 OGOS: PAS Selangor menjunjung kasih dan menyambut baik titah DYMM Sultan Selangor berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata PAS  yakin cadangan calon Menteri Besar yang akan di serahkan oleh setiap parti politik adalah yang dapat diterima oleh istana kelak.

SULTAN SELANGOR“Pandangan Tuan Guru Presiden PAS adalah sangat konsisten dengan titah Tuanku Sultan dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah Tuanku itu,” kata Khairuddin dalam kenyataan media.

Beliau berkata sehingga berlaku pelantikan baru Menteri Besar yang baru, kesemua empat anggota exco akan terus kekal dan berkhidmat untuk rakyat Selangor.

“PAS Selangor akan terus mempertahankan Pakatan Rakyat dan kita serah sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk menentukan calon yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini Sultan Selangor menitahkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditangguhkan sehingga  Menteri Besar yang baru ditentukan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.