Categories
SELANGOR

PAS Selangor minta 2 Adun tidak bertindak sendiri buat keputusan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 OGOS: PAS Selangor mengeluarkan amaran kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS yang memberikan sokongan terbuka untuk melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baru.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, amaran itu dikeluarkan berikutan tindakan bersendirian dua ADUN PAS terbabit membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS, PAS Negeri dan Jawatankuasa PAS Pusat.

PAS-for-All“Tindakan dua ADUN PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amat serius dan kita akan bertindak.

“PAS Selangor beri tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

“Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga membelakangkan parti. Bukankah PAS pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini,?” Soal Mohd Khairuddin dalam satu kenyataan medianya lewat petang semalam.

Jelas beliau, dua ADUN terlibat sepatutnya lebih bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS pusat pada 17 Ogos nanti.

“Kita harus sabar dan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

“Saya nasihati kedua ADUN ini menarik balik tindakan atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang dilafazkan sewaktu menjadi calon,” kata beliau lagi.

Mohd Khairuddin berkata, ADUN PAS sepatutnya terus fokus memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang diwakili seperti yang disarankan Pesuruhjaya PAS Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.