Categories
SELANGOR

PAS serah kebijaksanaan Sultan tentukan Menteri Besar

KUALA LUMPUR, 25 OGOS : PAS memutuskan untuk menyerahkan sepenuh kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Keputusan tersebut diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pagi ini dan dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS.

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor,” katanya kepada media.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 2.30 petang esok bagi menjelaskan kedudukannya.

Pada mesyuarat 17 Ogos lalu, PASĀ  telah mencadangkan dua nama Presiden PKR dan timbalan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.